Kasumawansi's Weblog

Just another WordPress.com weblog

Cuti Penggal 3 September 3, 2010

Filed under: Uncategorized — kasumawansi @ 12:53 am

Salam sejahtera,

Cuti sekolah akan menjelang. Begitu juga sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan menyusul pada minggu hadapan. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin kepada semua pelajar yang saya kasihi sekalian.

Bagi mereka yang akan menduduki peperiksaan peringkat nasional selamat berjuang!! Ingat tiada kejayaan tanpa pengorbanan!

Bagi pelajar 1NA, 2NA dan 3E saya harap kamu semua akan dapat memanfaatkan cuti sekolah dengan sebijak-bijaknya. Maka saya menanti penulisan blog kamu tentang bagaimana kamu menyambut Hari Raya Aidilfitri 2010. Bagi para pelajar yang tidak akan merayakan perayaan ini, saya juga ingin kamu nyatakan makanan tradisional Melayu yang manakah yang menjadi kegemaran kamu. Ingat, ambil gambar sendiri dan muatnaikkan ke dalam blog beserta sebab-sebab kenapa kamu meminati makanan tersebut.

Bagi mereka yang merayakannya, muatnaikkan foto-foto terkini yang menunjukkan betapa meriahnya perayaan pada tahun ini. OK, saya akan menanti!!

 

Men 1NA -Singapura, Tanah Airku Februari 25, 2010

Filed under: Uncategorized — kasumawansi @ 3:33 am

Pernahkah para pelajar semua memikirkan tentang Singapura pada masa akan datang. Tanyalah diri kita sama ada kita dapat menyesuaikan diri dengan perubahan yang bakal berlaku. Adakah kita semua sudah bersedia untuk menghadapi masa depan yang canggih? Apakah yang harus kita lakukan pada masa sekarang untuk mempersiapkan diri kita dengan kemahiran yang diperlukan?

Tontonilah video klip ini dan kemudian berikan komen kamu sepanjang 50 patah perkataan mengenainya. Komen kamu harus menggunakan bahasa Melayu yang gramatis.

 

19 Februari 2010- Penganiayaan Terhadap Binatang (men 1NA) Februari 12, 2010

Filed under: Uncategorized — kasumawansi @ 12:53 am

Salam sejahtera para pelajar semua,

Sila lungsuri laman-laman  berikut:

www.spca.org.sg/animalabuseupdatefeb08.htm -

www.pet-abuse.com

Setelah membaca beberapa kes penganiayaan terhadap binatang yang telah dilaporkan dari laman Internet tadi, kamu dikehendaki menulis satu laporan tentang satu kes penganiayaan terhadap binatang. Sertakan dalam laporan kamu itu di mana dan apa yang berlaku. Tuliskan laporan kamu sepanjang 100 patah perkataan ke dalam laman sesawang kamu.  

Kemudian, kamu akan menggunakan laporan yang sama untuk merakam suara kamu dengan menggunakan perisian Audacity.Kamu harus menghantar rakaman itu menerusi emel saya iaitu evalisha@yahoo.com.

Seamat mencuba!

Sebagai contoh kamu boleh merujuk laporan di bawah ini;

CONTOHAN LAPORAN

Kini disampaikan sari berita utama menerusi Radio 99.9 FM oleh __(nama pelajar)__________.

 Pihak polis semalam telah berkejar ke Block 603 Ubi Avenue 1 setelah menerima panggilan daripada orang awam mengenai jerat yang dipasang di sekitar blok di situ. Mereka menjumpai sekurang-kurangnya 3 ekor burung yang terjerat di dalam jaringan yang diikat pada buluh bambu oleh beberapa penduduk yang tidak bertanggungjawab. Ketika-tiga ekor burung yang dijumpai itu dalam ketakutan dan seekor daripadanya hampir mati.

Perbuatan mereka itu telah menyebabkan rasa kurang senang hati di kalangan penduduk . Beberapa hari sebelumnya pihak  SPCA juga telah menerima beberapa aduan yang sama di  Bedok Reservoir Road dan Harding Road.

Pihak SPCA dan polis meminta kerjasama orang awam untuk bersama-sama menghentikan penganiayaan terhadap binatang. Hukuman denda dan penjara menanti orang-orang yang bersalah.

Sekian laporan ringkas yang telah disampaikan oleh _______________.

 

KEMISKINAN Februari 5, 2010

Filed under: Uncategorized — kasumawansi @ 12:55 am

http://www.youtube.com/watch?v=wKErXzqRgRI

Salam sejahtera,

Cuba kita fikirkan jika kita berada dalam keadaan mereka. Catitkan perasaan kamu dalam ruang komen agar dapat kita hayati bersama.

 

Salam 2010 Februari 4, 2010

Filed under: Uncategorized — kasumawansi @ 3:12 am

Salam ukhwah buat semua pelajar yang telah berjaya membina laman sesawang peribadi kamu pada tahun 2010!

Sebagai langkah pertama, cuba tuliskan biodata peribadi kamu yang kamu ingin kongsi bersama teman-teman yang lain.  Kamu bolehlah sertakan perkara-perkara yang umum seperti kegemaran, hobi atau apa sahaja yang menarik tentang kamu. Tak perlulah kamu meletakkan nombor tel peribadi atau hal-hal yang terlalu peribadi ok! Jika kamu ingin memuatnaik gambar, silakan!!

Pada masa yang sama, saya ingin mengingatkan kepada para pelajar semua tentang peri pentingnya menjaga kesejahteraan ketika berada dalam talian (cyber wellness).  Perlu diingat akan segala peraturan dan garis pandu ketika menulis pendapat kamu dalam laman sesawang kamu. Jangan sertakan perkara-perkara yang tidak senonoh atau yang memalukan diri, bangsa atau orang lain. Pengguna yang bertanggungjawab adalah pengguna yang bijak!

Akhir sekali, jangan LUPA- GUNAKAN BAHASA MELAYU YANG BETUL. Ingat, bahasa menunjukkan bangsa!!

Selamat meneroka!!

Cikgu Kasuma

 

Mukaddimah 2010 Februari 3, 2010

Filed under: Uncategorized — kasumawansi @ 12:37 pm

Salam sejahtera kepada semua pelajar yang budiman

Kita kembali lagi ke platform yang menemukan kita dalam dunia yang tidak bersempadan ini. Tahun 2010 merupakan tahun yang akan mencabar saya sebagai seorang guru dalam dunia teknologi maklumat. Ini adalah kerana pihak sekolah akan melangkah lebih jauh lagi dalam bidang ini. Namun Cikgu percaya, dengan sokongan dan kerjasama para pelajar, dibakar dengan semangat untuk mencapai kecemerlangan pasti usaha kita akan tercapai.

Bagi pelajar menengah satu yang baru melangkah ke alam sekolah menengah, syabas!

Harapan saya untuk 2010 ini adalah dalam kita sibuk mengejar ilmu, jangan kita pinggirkan Bahasa Melayu kita, yang sudah semestinya, adalah kebanggaan milik kita. Jadi bersama-sama kita memartabatkan bahasa Melayu di Sekolah Menengah New Town!

 

UNIT 4: BENCANA ALAM Mac 27, 2009

Filed under: Uncategorized — kasumawansi @ 1:12 am

Pepatah Melayu ada mengatakan malang tidak berbau. Ini membawa maksud kemalangan boleh berlaku di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja. Sejak beberapa tahun yang lalu, kita disajikan dengan berita tragis lagi menyayat hati tentang korban dan mangsa-mangsa bencana alam.

Tontonilah sedutan video yang telah dipetik dan dimuatnaikkan di youtube oleh seorang pelancong yang sedang berada di Thailand ketika Tsunami melanda pada tahun 2004. Dengan ihsan beliau, kita dapat melihat secara dekat kemusnahan akibat Tsunami dan pada masa yang sama kebesaran Tuhan.

Harapan saya agar para pelajar dapat menghayati klip ini dan kemudian mencoretkan pandangan kamu yang amat saya hargai untuk kita renungkan bersama. Tinggalkan pandangan ke dalam ruangan komen saya. Pastikan kamu menggunakan bahasa yang betul dan sekurang-kurangnya tiga idea yang kamu huraikan dengan jelas. Ingat setiap huruf yang kita hasilkan biarlah ia dapat menggerakkan minda pembacanya.

Yang benar

Cikgu Kasuma

 

Tinjauan Tugasan Unit 3: Singapura Tanahairku. (Men 1NA) Februari 27, 2009

Filed under: Uncategorized — kasumawansi @ 1:27 am

Salam sejahtera  kepada semua pelajar terutama sekali pelajar men 1NA.  Syabas Cikgu ucapkan kepada semua pelajar yang telah berjaya membina diari maya kamu tahun ini.  Selain daripada itu juga, saya dapati para pelajar telah menunjukkan minat dan kesungguhan dalam mempelajari cara untuk membina lelaman khas untuk pelajar sekolah kita.

Bagaimanapun, kita harus membuat tinjauan sama ada wadah pengajaran dan pembelajaran ini berkesan untuk kamu.

Buat kali ini, laman diari maya yang paling menarik adalah laman Hafiqah dan Haniz. Mereka telah memuatkan gambar-gambar peribadi mereka dan ini membuat ianya kelihatan cantik. Terima kasih Hafiqah dan Haniz…

Bagi bahagian video / artikel pula, para pelajar harus membuat renungan dengan menggunakan bahasa Melayu yang baik dan baku. Di sinilah cikgu akan melihat kemahiran bahasa kamu di samping kematangan kamu berfikir. Harapan cikgu ialah untuk melihat komen-komen yang lebih merangsang fikiran kita dan penggunaan bahasa Melayu yang lebih baik di kalangan kamu semua.

Tahniah kepada Afrina yang telah membuat komen dengan menggunakan bahasa Melayu yang baik dan tersusun. Ingat semua, laman ini adalah laman untuk kita belajar, berfikir dan mengambil  iktibar daripada cerita-cerita yang dipaparkan.

Akhir kalam, cikgu ingin sekali lagi mengucapkan syabas dan semoga tugasan yang akan datang akan menjadi lebih baik dan bermakna buat kita semua. Wassalam.

Ikhlas

Cikgu Kasumadvc00039

 

Men 1NA: Lagenda Singapura (30 Mac – 1 April 09) Februari 27, 2009

Filed under: Uncategorized — kasumawansi @ 12:54 am

Salam semua …

Wah!! Kali ini pelajar 1NA diberi peluang untuk belajar menerusi talian dari rumah selama 3 hari. Seronoknya!!  Marilah sama-sama kita memanfaatkan masa untuk memaksimumkan pembelajaran kamu ya!

Dalam menghargai negara kita, adalah penting untuk mengetahui sejarah dan khazanah Singapura, lebih-lebih lagi dalam bidang warisan Melayu. Sudah tentu kisah Singapura Dilanggar Todak bukan lagi asing. Namun perlu untuk para pelajar menghayati dan memasukkan komen-komen yang bernas ke dalam laman komen saya ini, ok. Berikan sekurang-kurangnya 3 isi dan pendapat yang bernas. Komen yang paling pintar akan mendapat sesuatu kejutan daripada Cikgu.  Jadi buat yang terbaik, ok?  

Kisah tentang Singapura dilanggar todak adalah salah satu daripada cerita klasik Melayu.  Saya amat gembira ada pihak yang masih ingin melestarikan karya-karya klasik buat tatapan penonton hari ini. Saya harap para pelajar dapat berfikir sambil menikmati klip video ini.

 

TUGASAN MEN 1NA Februari 23, 2009

Filed under: Uncategorized — kasumawansi @ 2:14 am

Selamat berjumpa lagi para pelajar semua.

Tugasan yang harus disiapkan pada Jumaat ini, 27 Feb 09 ini adalah mengenai cerita-cerita di sekitar Singapura. Layari Internet dan dapatkan artikel, video atau gambar-gambar menarik tentang negara kita yang tercinta ini. Jangan lupa tuliskan sedikit komen ( kira-kira 80  patah perkataan) mengenainya. Selamat mencuba!

Salam

Cikgu Kasuma

 

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.