Kasumawansi's Weblog

Just another WordPress.com weblog

Tinjauan Tugasan Unit 3: Singapura Tanahairku. (Men 1NA) Februari 27, 2009

Filed under: Uncategorized — kasumawansi @ 1:27 am

Salam sejahtera  kepada semua pelajar terutama sekali pelajar men 1NA.  Syabas Cikgu ucapkan kepada semua pelajar yang telah berjaya membina diari maya kamu tahun ini.  Selain daripada itu juga, saya dapati para pelajar telah menunjukkan minat dan kesungguhan dalam mempelajari cara untuk membina lelaman khas untuk pelajar sekolah kita.

Bagaimanapun, kita harus membuat tinjauan sama ada wadah pengajaran dan pembelajaran ini berkesan untuk kamu.

Buat kali ini, laman diari maya yang paling menarik adalah laman Hafiqah dan Haniz. Mereka telah memuatkan gambar-gambar peribadi mereka dan ini membuat ianya kelihatan cantik. Terima kasih Hafiqah dan Haniz…

Bagi bahagian video / artikel pula, para pelajar harus membuat renungan dengan menggunakan bahasa Melayu yang baik dan baku. Di sinilah cikgu akan melihat kemahiran bahasa kamu di samping kematangan kamu berfikir. Harapan cikgu ialah untuk melihat komen-komen yang lebih merangsang fikiran kita dan penggunaan bahasa Melayu yang lebih baik di kalangan kamu semua.

Tahniah kepada Afrina yang telah membuat komen dengan menggunakan bahasa Melayu yang baik dan tersusun. Ingat semua, laman ini adalah laman untuk kita belajar, berfikir dan mengambil  iktibar daripada cerita-cerita yang dipaparkan.

Akhir kalam, cikgu ingin sekali lagi mengucapkan syabas dan semoga tugasan yang akan datang akan menjadi lebih baik dan bermakna buat kita semua. Wassalam.

Ikhlas

Cikgu Kasumadvc00039

 

Men 1NA: Lagenda Singapura (30 Mac – 1 April 09) Februari 27, 2009

Filed under: Uncategorized — kasumawansi @ 12:54 am

Salam semua …

Wah!! Kali ini pelajar 1NA diberi peluang untuk belajar menerusi talian dari rumah selama 3 hari. Seronoknya!!  Marilah sama-sama kita memanfaatkan masa untuk memaksimumkan pembelajaran kamu ya!

Dalam menghargai negara kita, adalah penting untuk mengetahui sejarah dan khazanah Singapura, lebih-lebih lagi dalam bidang warisan Melayu. Sudah tentu kisah Singapura Dilanggar Todak bukan lagi asing. Namun perlu untuk para pelajar menghayati dan memasukkan komen-komen yang bernas ke dalam laman komen saya ini, ok. Berikan sekurang-kurangnya 3 isi dan pendapat yang bernas. Komen yang paling pintar akan mendapat sesuatu kejutan daripada Cikgu.  Jadi buat yang terbaik, ok?  

Kisah tentang Singapura dilanggar todak adalah salah satu daripada cerita klasik Melayu.  Saya amat gembira ada pihak yang masih ingin melestarikan karya-karya klasik buat tatapan penonton hari ini. Saya harap para pelajar dapat berfikir sambil menikmati klip video ini.

 

TUGASAN MEN 1NA Februari 23, 2009

Filed under: Uncategorized — kasumawansi @ 2:14 am

Selamat berjumpa lagi para pelajar semua.

Tugasan yang harus disiapkan pada Jumaat ini, 27 Feb 09 ini adalah mengenai cerita-cerita di sekitar Singapura. Layari Internet dan dapatkan artikel, video atau gambar-gambar menarik tentang negara kita yang tercinta ini. Jangan lupa tuliskan sedikit komen ( kira-kira 80  patah perkataan) mengenainya. Selamat mencuba!

Salam

Cikgu Kasuma

 

Tahun 2009 Februari 23, 2009

Filed under: Uncategorized — kasumawansi @ 1:34 am

Lembaran tahun baru terungkap lagi.  Dengan semangat yang kental, kita akan bersama-sama mengharunginya.  Bagi pelajar yang baru masuk ke sekolah ini, cikgu ingin mengucapkan selamat datang ke keluarga besar kami. Cikgu amat berharap semua pelajar akan menjadi warga New Town yang boleh dibanggakan.

Pada tahun ini, sekolah kita akan menyertai dan mengadakan beberapa aktiviti menarik. Di antaranya,

1) Peraduan SYF tarian Melayu

2) Perkhemahan untuk semua pelajar yang mengambil bahasa Melayu

3) Darmawisata ke China

4) Bengkel peperiksaan peringkat ‘O’ dan ‘N’

5) Perkongsian Professional

6) dan pertandingan bahasa seperti sahibba dan pidato  yang pasti akan datang.

Maka cikgu mengalu-alukan sokongan padu semua pelajar bagi memastikan bahasa dan bangsa kita maju bersama. Jika kamu berminat, jangan segan-segan untuk hubungi cikgu, ok. Ingat gunung sama-sama didaki dan lurah

sama-sama dituruni.blue-hills

 

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.