Salam semua …
Wah!! Kali ini pelajar 1NA diberi peluang untuk belajar menerusi talian dari rumah selama 3 hari. Seronoknya!! Marilah sama-sama kita memanfaatkan masa untuk memaksimumkan pembelajaran kamu ya!
Dalam menghargai negara kita, adalah penting untuk mengetahui sejarah dan khazanah Singapura, lebih-lebih lagi dalam bidang warisan Melayu. Sudah tentu kisah Singapura Dilanggar Todak bukan lagi asing. Namun perlu untuk para pelajar menghayati dan memasukkan komen-komen yang bernas ke dalam laman komen saya ini, ok. Berikan sekurang-kurangnya 3 isi dan pendapat yang bernas. Komen yang paling pintar akan mendapat sesuatu kejutan daripada Cikgu. Jadi buat yang terbaik, ok?
Kisah tentang Singapura dilanggar todak adalah salah satu daripada cerita klasik Melayu. Saya amat gembira ada pihak yang masih ingin melestarikan karya-karya klasik buat tatapan penonton hari ini. Saya harap para pelajar dapat berfikir sambil menikmati klip video ini.