Pepatah Melayu ada mengatakan malang tidak berbau. Ini membawa maksud kemalangan boleh berlaku di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja. Sejak beberapa tahun yang lalu, kita disajikan dengan berita tragis lagi menyayat hati tentang korban dan mangsa-mangsa bencana alam.
Tontonilah sedutan video yang telah dipetik dan dimuatnaikkan di youtube oleh seorang pelancong yang sedang berada di Thailand ketika Tsunami melanda pada tahun 2004. Dengan ihsan beliau, kita dapat melihat secara dekat kemusnahan akibat Tsunami dan pada masa yang sama kebesaran Tuhan.
Harapan saya agar para pelajar dapat menghayati klip ini dan kemudian mencoretkan pandangan kamu yang amat saya hargai untuk kita renungkan bersama. Tinggalkan pandangan ke dalam ruangan komen saya. Pastikan kamu menggunakan bahasa yang betul dan sekurang-kurangnya tiga idea yang kamu huraikan dengan jelas. Ingat setiap huruf yang kita hasilkan biarlah ia dapat menggerakkan minda pembacanya.
Yang benar
Cikgu Kasuma
cikgu, saya sangat sedih apabila saya lihat video ini kerana ramai orang ditimpa maut.Saya harap Singapura tidak ada bencana alam seperti ini! dan saya sangat bersyukur kerana Singapura tidak ada bencana alam seperti tsunami selama ini!
MARYAM!!!
Video tadi agak menyedihkan dan saya pasti ramai jiwa yang terkorban akan bencana alam itu.Kita patut bersedia pada bila-bila masa.
seram dan sangat terkejut untuk saya kerana tsunami itu menelan banyak nyawa dan memusnahkan banyak rumah.