Kasumawansi's Weblog

Just another WordPress.com weblog

Men 1NA -Singapura, Tanah Airku Februari 25, 2010

Filed under: Uncategorized — kasumawansi @ 3:33 am

Pernahkah para pelajar semua memikirkan tentang Singapura pada masa akan datang. Tanyalah diri kita sama ada kita dapat menyesuaikan diri dengan perubahan yang bakal berlaku. Adakah kita semua sudah bersedia untuk menghadapi masa depan yang canggih? Apakah yang harus kita lakukan pada masa sekarang untuk mempersiapkan diri kita dengan kemahiran yang diperlukan?

Tontonilah video klip ini dan kemudian berikan komen kamu sepanjang 50 patah perkataan mengenainya. Komen kamu harus menggunakan bahasa Melayu yang gramatis.

 

19 Februari 2010- Penganiayaan Terhadap Binatang (men 1NA) Februari 12, 2010

Filed under: Uncategorized — kasumawansi @ 12:53 am

Salam sejahtera para pelajar semua,

Sila lungsuri laman-laman  berikut:

www.spca.org.sg/animalabuseupdatefeb08.htm -

www.pet-abuse.com

Setelah membaca beberapa kes penganiayaan terhadap binatang yang telah dilaporkan dari laman Internet tadi, kamu dikehendaki menulis satu laporan tentang satu kes penganiayaan terhadap binatang. Sertakan dalam laporan kamu itu di mana dan apa yang berlaku. Tuliskan laporan kamu sepanjang 100 patah perkataan ke dalam laman sesawang kamu.  

Kemudian, kamu akan menggunakan laporan yang sama untuk merakam suara kamu dengan menggunakan perisian Audacity.Kamu harus menghantar rakaman itu menerusi emel saya iaitu evalisha@yahoo.com.

Seamat mencuba!

Sebagai contoh kamu boleh merujuk laporan di bawah ini;

CONTOHAN LAPORAN

Kini disampaikan sari berita utama menerusi Radio 99.9 FM oleh __(nama pelajar)__________.

 Pihak polis semalam telah berkejar ke Block 603 Ubi Avenue 1 setelah menerima panggilan daripada orang awam mengenai jerat yang dipasang di sekitar blok di situ. Mereka menjumpai sekurang-kurangnya 3 ekor burung yang terjerat di dalam jaringan yang diikat pada buluh bambu oleh beberapa penduduk yang tidak bertanggungjawab. Ketika-tiga ekor burung yang dijumpai itu dalam ketakutan dan seekor daripadanya hampir mati.

Perbuatan mereka itu telah menyebabkan rasa kurang senang hati di kalangan penduduk . Beberapa hari sebelumnya pihak  SPCA juga telah menerima beberapa aduan yang sama di  Bedok Reservoir Road dan Harding Road.

Pihak SPCA dan polis meminta kerjasama orang awam untuk bersama-sama menghentikan penganiayaan terhadap binatang. Hukuman denda dan penjara menanti orang-orang yang bersalah.

Sekian laporan ringkas yang telah disampaikan oleh _______________.

 

KEMISKINAN Februari 5, 2010

Filed under: Uncategorized — kasumawansi @ 12:55 am

http://www.youtube.com/watch?v=wKErXzqRgRI

Salam sejahtera,

Cuba kita fikirkan jika kita berada dalam keadaan mereka. Catitkan perasaan kamu dalam ruang komen agar dapat kita hayati bersama.

 

Salam 2010 Februari 4, 2010

Filed under: Uncategorized — kasumawansi @ 3:12 am

Salam ukhwah buat semua pelajar yang telah berjaya membina laman sesawang peribadi kamu pada tahun 2010!

Sebagai langkah pertama, cuba tuliskan biodata peribadi kamu yang kamu ingin kongsi bersama teman-teman yang lain.  Kamu bolehlah sertakan perkara-perkara yang umum seperti kegemaran, hobi atau apa sahaja yang menarik tentang kamu. Tak perlulah kamu meletakkan nombor tel peribadi atau hal-hal yang terlalu peribadi ok! Jika kamu ingin memuatnaik gambar, silakan!!

Pada masa yang sama, saya ingin mengingatkan kepada para pelajar semua tentang peri pentingnya menjaga kesejahteraan ketika berada dalam talian (cyber wellness).  Perlu diingat akan segala peraturan dan garis pandu ketika menulis pendapat kamu dalam laman sesawang kamu. Jangan sertakan perkara-perkara yang tidak senonoh atau yang memalukan diri, bangsa atau orang lain. Pengguna yang bertanggungjawab adalah pengguna yang bijak!

Akhir sekali, jangan LUPA- GUNAKAN BAHASA MELAYU YANG BETUL. Ingat, bahasa menunjukkan bangsa!!

Selamat meneroka!!

Cikgu Kasuma

 

Mukaddimah 2010 Februari 3, 2010

Filed under: Uncategorized — kasumawansi @ 12:37 pm

Salam sejahtera kepada semua pelajar yang budiman

Kita kembali lagi ke platform yang menemukan kita dalam dunia yang tidak bersempadan ini. Tahun 2010 merupakan tahun yang akan mencabar saya sebagai seorang guru dalam dunia teknologi maklumat. Ini adalah kerana pihak sekolah akan melangkah lebih jauh lagi dalam bidang ini. Namun Cikgu percaya, dengan sokongan dan kerjasama para pelajar, dibakar dengan semangat untuk mencapai kecemerlangan pasti usaha kita akan tercapai.

Bagi pelajar menengah satu yang baru melangkah ke alam sekolah menengah, syabas!

Harapan saya untuk 2010 ini adalah dalam kita sibuk mengejar ilmu, jangan kita pinggirkan Bahasa Melayu kita, yang sudah semestinya, adalah kebanggaan milik kita. Jadi bersama-sama kita memartabatkan bahasa Melayu di Sekolah Menengah New Town!

 

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.