Salam sejahtera kepada semua pelajar yang budiman
Kita kembali lagi ke platform yang menemukan kita dalam dunia yang tidak bersempadan ini. Tahun 2010 merupakan tahun yang akan mencabar saya sebagai seorang guru dalam dunia teknologi maklumat. Ini adalah kerana pihak sekolah akan melangkah lebih jauh lagi dalam bidang ini. Namun Cikgu percaya, dengan sokongan dan kerjasama para pelajar, dibakar dengan semangat untuk mencapai kecemerlangan pasti usaha kita akan tercapai.
Bagi pelajar menengah satu yang baru melangkah ke alam sekolah menengah, syabas!
Harapan saya untuk 2010 ini adalah dalam kita sibuk mengejar ilmu, jangan kita pinggirkan Bahasa Melayu kita, yang sudah semestinya, adalah kebanggaan milik kita. Jadi bersama-sama kita memartabatkan bahasa Melayu di Sekolah Menengah New Town!

whewheeeeeeeeeeeeeeee cantik nampak
Keikhlasan pujian itu hanya dapat dibalas oleh yang Esa. Terima kasih…