Salam ukhwah buat semua pelajar yang telah berjaya membina laman sesawang peribadi kamu pada tahun 2010!
Sebagai langkah pertama, cuba tuliskan biodata peribadi kamu yang kamu ingin kongsi bersama teman-teman yang lain. Kamu bolehlah sertakan perkara-perkara yang umum seperti kegemaran, hobi atau apa sahaja yang menarik tentang kamu. Tak perlulah kamu meletakkan nombor tel peribadi atau hal-hal yang terlalu peribadi ok! Jika kamu ingin memuatnaik gambar, silakan!!
Pada masa yang sama, saya ingin mengingatkan kepada para pelajar semua tentang peri pentingnya menjaga kesejahteraan ketika berada dalam talian (cyber wellness). Perlu diingat akan segala peraturan dan garis pandu ketika menulis pendapat kamu dalam laman sesawang kamu. Jangan sertakan perkara-perkara yang tidak senonoh atau yang memalukan diri, bangsa atau orang lain. Pengguna yang bertanggungjawab adalah pengguna yang bijak!
Akhir sekali, jangan LUPA- GUNAKAN BAHASA MELAYU YANG BETUL. Ingat, bahasa menunjukkan bangsa!!
Selamat meneroka!!
Cikgu Kasuma