Salam ukhwah buat semua.
Bidang pendidikan telah menjadi sebahagian daripada hidup saya. Oleh kerana kecintaan saya terhadap bahasa Melayu, saya telah memutuskan untuk berkecimpung secara sepenuh masa dalam bidang ini selepas tamat pengajian di maktab rendah. Terdorong untuk memartabatkan bahasa ibunda ini, saya terus melangkah ke Universiti Malaya pada tahun 1996 hingga 1999. Sehingga hari ini, saya terus memperjuangkan dan melestarikan bahasa dan budaya Melayu di kalangan pelapis muda kita hari ini. Hingga kini saya masih mengajar di Sekolah Menengah New Town dan harapan saya agar semua pelajar di luar sana turut melestarikan usaha yang murni ini.
