Salam sejahtera
Tentunya para pelajar sudah pun tahu tentang peranan laman ini buat pengajaran dan pembelajaran bersama. Justeru platform ini sangat penting buat semua warga NTSS. Maka saya ingin sekali lagi menegaskan betapa pentingnya untuk kita mengingatkan diri kita tentang perkara-perkara di bawah ini;
1) Jangan gunakan kata-kata yang dapat memalukan diri sendiri, orang lain, bangsa sendiri atau bangsa orang lain.
2) Jangan melungsuri laman yang eksplisit/ ponografi untuk mendapatkan maklumat.
3) Jangan gunakan laman kamu untuk menyuarakan ketidaksenangan hati kepada pelajar lain.
4) Nyatakan sumber bahan yang kamu muatnaik agar tiada isu hakcipta.
5) Jangan naikmuatkan gambar/ video atau apa-apa jenis maklumat tanpa pengesahan sumber.
6) Jangan masukkan butiran yang terlalu peribadi.
7) Hormati pengguna lain setiap masa.
8) Jangan lunsuri laman permainan komputer atau bersembang maya ketika berada di dalam makmal komputer.
INGAT, pelajar yang tidak bertanggungjawab akan dikenakan tindakan disiplin.
Bak kata pujangga, ” Kita tidak boleh dihukum kerana terlupa, tetapi harus dihukum jika sengaja lupa!”
Akhir kata, jagalah tata tertib kita sebagai pengguna komputer yang berhemah dan bertanggungjawab!
